Page 77 - INFO eSTAGKITA
P. 77

PERATURAN UMUM SMK SERI TANJONG

       C.   Budaya Kelas


       1.    Semua ahli di dalam kelas perlu menjaga kebersihan dan
           menjadikan kelas ceria dan                  kondusif untuk proses PdPc.
        2.    Carta Organisasi Kelas, Jadual Tugasan, Info Disiplin,Info Covid
       19, Jadual Kelas, maklumat
            jumlah kehadiran murid hendaklah sentiasa dipamerkan dan

           terkini. Papan kenyataan kelas perlu dipenuhkan dengan
           maklumat semua mata pelajaran dan sentiasa terkini.Visi dan Misi
           Sekolah perlu dipamerkan di dalam kelas.
       3. Amalkan budaya hormat-menghormati, toleransi dan tindakan
           berhemah. Jangan bergurau melampau sehingga mencetuskan
           pergaduhan dan kecederaan sehingga menimbulkan masalah
           kepada sekolah.
       4. Menjadi tugas Pengawas dan RES(Ketua dan Penolong Kelas)
           untuk melaporkan dengan segera kepada guru kelas atau guru
           berkaitan sekiranya berlaku masalah disiplin di dalam kelas.



       D.   Penggunaan Tandas


       1.   Semua murid tidak dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu
            berikut :
              Waktu pertama PdPC
              Satu waktu sebelum rehat
              Satu waktu selepas rehat
              Satu waktu sebelum balik



       2. Hanya murid perempuan yang dibenarkan ke tandas secara
           berteman/berdua. Pas Kebenaran Keluar Kelas  hendaklah
            dibawa sebagai bukti murid telah mendapat kebenaran
            guru untuk ke tandas.
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82