Page 11 - DSA 3133 BAB 1 REHAN
P. 11
Konsep Awal Matematik Dalam Kalangan Kanak-kanak TASKA
Kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan psikologi perlu diberikan pendedahan
dengan keempat-empat bidang pembelajaran.
Umur Aktiviti
Tahap 0-6 Bulan Terdapat dua fokus awal matematik dan pemikiran logik sahaja untuk dikembangkan pada bayi 0-6
bulan iaitu:
▪ corak dalam bidang pra nombor dan
▪ awal geometri dalam bidang awal nombor.
Kedua-dua aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan
sentuhan mereka untuk mempelajari pra nombor dan awal geometri. Pendidik boleh memilih mana-
mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti lain.
Tahap 6-12 Bulan Terdapat empat fokus awal matematik yang dapat dikembangkan pada bayi 6-12 bulan iaitu:
▪ kesedaran ruang dan
▪ corak dalam bidang pra nombor dan
▪ nombor bulat dan
▪ awal geometri dalam bidang awal nombor.
Keempat-empat aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan
sentuhan mereka untuk mempelajari kesedaran ruang, corak, nombor bulat, dan awal geometri.
Pendidik boleh memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti
lain. Pendidik boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan bagi kegunaan pusat asuhan kanak-
kanak.

