Page 83 - DSA 3133 BAB 1 REHAN
P. 83
▪ Semasa melakukan aktiviti bermain, proses penerimaan sensori
atau deria seperti pendengaran, penglihatan, bau, sentuhan dan
rasa akan terangsang dan memberikan satu pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan
terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum.
▪ Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar.
▪ Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada masa yang sama
mereka belajar menerusi main.
▪ Berbeza pula pada tanggapan orang dewasa yang menganggap
main ialah untuk beriadah dan ada juga menjadikannya sebagai
profesion seperti main bola sepak, badminton dan sebagainya.

