Page 4 - DSA 4113 BAB 3 REHAN
P. 4

▪ Komunikasi merupakan satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej.


          ▪ Ini juga bermakna, komunikasi boleh juga didefinisikan sebagai satu proses di mana

               manusia berkongsi pendapat, informasi mahu pun perasaan.


          ▪ Terdapat beberapa definisi komunikasi yang diberi oleh penulis terdahulu, di antaranya

               Byrnes (1975) dipetik dalam Abdul Mua’ti (2001) menyatakan bahawa komunikasi adalah

               satu proses interaksi antara manusia yang melibatkan pertuturan dan pertukaran

               pendapat, gerak isyarat atau simbol.


          ▪ Komunikasi juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses

               perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu

               atau sekumpulan individu yang lain.


          ▪ Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua

               perbuatan menghantar matklumat dan  proses untuk bertukar-tukar maksud supaya

               dapat menghasilkan pemahaman.


          ▪ Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa,


               gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9