Page 38 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 38
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
5. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
Bidang Bahasa : Pn. Siti Asmak binti Mat Zain
Bidang Sains dan : Pn. Normaria binti Nasiruddin
Matematik
Bidang Teknik dan : En. Azlan bin Dato’ Hj. Azumu
Vokasional
Bidang Kemanusiaan : Tn. Hj. Fauzi bin Hasan
Setiausaha : Pn. Norazuwana binti Mohamad Aris
Penolong Setiausaha : Pn. Surati binti Sujud
Jawatankuasa : Kaunselor (Motivasi dan Bimbingan)
: Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
: Penyelaras Tingkatan (T1, T2, T3, T4, T5 & T6))
PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
GURU PENGGUBAL
Guru Penggubal perlu menyediakan soalan berdasarkan JSI. Skema permarkahan perlu
diselaraskan untuk semua kelas.
Kertas soalan dan borang JSI perlu disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia sebelum dihantar
untuk cetakan. Tarikh penyerahan kertas soalan boleh dirujuk kepada Lampiran Jadual
Peperiksaan Dalaman.
Bilangan kertas soalan yang dicetak mengikut bilangan murid terkini yang tercatat dalam jadual
peperiksaan. Guru perlu mengisi butiran kertas soalan dalam Buku Rekod Penyerahan Kertas
Soalan di pejabat untuk tujuan pencetakan.
Dua set kertas soalan, skema jawapan dan JSI perlu disediakan. Satu set diserahkan kepada Ketua
Panitia dan satu set lagi diserahkan kepada SU Peperiksaan sebaik sahaja tamat ujian mata
pelajaran berkenaan.
Selepas kertas soalan dicetak, kertas soalan perlu diklipkan oleh guru sendiri di tempat yang
selamat atau di rumah. Kertas soalan yang dicetak perlu dibungkus dan dilekatkan kertas label
(standard ISO), yang diisi dengan butiran seperti nama kertas, tarikh, guru memulakan ujian dan
sebagainya.
Benang perlu dibekalkan bersama kertas soalan bertulis. Erata perlu dikepilkan bersama kertas
label jika ada.
Kertas soalan perlu diserahkan kepada SU Peperiksaan selewat-lewatnya seminggu sebelum
peperiksaan untuk disimpan dalam kabinet bilik peperiksaan.
Semasa peperiksaan, Guru Penggubal mestilah mudah untuk dihubungi (sama ada berada di bilik
guru atau beri nombor telefon bimbit kepada SU) kerana mungkin berlakunya kesilapan soalan
yang perlu diperbetulkan atau bilangan kertas soalan yang tidak mencukupi.
GURU PENGAWAS
Guru yang mengawas boleh merujuk kepada jadual waktu persendirian (sesi pagi).
Guru yang memulakan ujian diminta datang mengambil kertas soalan 20 minit sebelum ujian
bermula.
Guru hendaklah memastikan keadaan kelas adalah teratur dan bersih sebelum memulakan
peperiksaan. Laci meja dihalakan ke papan putih. Beg dan buku rujukan perlu diletakkan di
belakang kelas atau dewan.
Guru diminta menyusun murid mengikut susunan yang sama dengan Buku Kehadiran Murid.
Guru diminta menyemak Jadual Guru Ganti (dipaparkan di luar bilik jadual waktu atau menerusi
Telegram rasmi sekolah) setiap pagi waktu pertama supaya pengawasan peperiksaan berjalan
dengan lancar.
37

