Page 39 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 39
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
Bagi masa ujian yang jatuh pada waktu rehat, guru mengawas sebelum rehat dikehendaki
melanjutkan masa pengawasan 10 minit lagi diikuti oleh guru mengawas selepas rehat , masuk ke
kelas 10 minit lebih awal.
Guru mengawas perlu menunggu guru berikutnya pada masa pertukaran guru, kelas tidak boleh
dibiarkan tanpa guru. Sekiranya kelas itu tidak terlibat dalam ujian tersebut, guru mata pelajaran
perlu berada di dalam kelas dan mengawas murid membuat ulang kaji mengikut jadual waktu
peribadinya.
Penyemakan kertas jawapan di dalam kelas tidak dibenarkan semasa pengawasan.
GURU PENGUTIP KERTAS JAWAPAN
Guru memastikan para murid menulis nama dan kelas pada kertas jawapan.
Guru yang mengutip semua kertas soalan dan kertas jawapan hendaklah memastikan bilangan
kertas yang dikutip adalah cukup dan sama dengan bilangan yang hadir.
Guru diminta mencatat bilangan murid yang tidak hadir pada kertas label sebagai rujukan guru
pemeriksa.
Guru menghantar kertas jawapan ke Bilik Peperiksaan dan menandatangani Borang Penyerahan
Kertas Jawapan. Ini adalah tangggungjawab Guru Pengutip Kertas sebelum kertas diserahkan
kepada SU Pep.
GURU PEMERIKSA
Guru mengambil kertas jawapan dari SU di bilik peperiksaan dan menandatangani Borang
Penerimaan Kertas Jawapan.
Guru perlu mendapatkan kertas soalan serta skema permarkahan yang selaras daripada Guru
Penggubal.
Guru menyerahkan kertas jawapan kepada murid. Pembetulan markah boleh dilakukan sekiranya
ada kesilapan.
Guru subjek yang memeriksa kertas diminta mematuhi tarikh akhir ditetapkan dan memasukkan
markah di sistem SAPS supaya markah dapat diproses dan dihantar ke PPD Kinta Utara mengikut
tarikh yang ditetapkan.
GURU KELAS
Guru kelas perlu sentiasa mengemaskinikan data murid (sekiranya ada murid baru atau murid
bertukar) di portal online APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM). Sebarang perubahan
pada maklumat murid di APDM mesti dimaklumkan kepada SU peperiksaaan supaya maklumat
baru itu diimpot semula ke dalam SAPS.
Guru kelas memastikan murid membuat semakan markah pada marksheet (diedarkan oleh SU
peperiksaan) dalam tempoh dua hari sebelum slip keputusan dicetak.
Guru kelas menaip ulasan guru pada SAPS. Seterusnya guru kelas menandatangani slip keputusan
diikuti tandatangan Pengetua.
Slip keputusan dimasukkan ke dalam Fail Peribadi Murid, dan diserahkannya kepada setiap murid.
Murid perlu menandatangani satu borang sebagai bukti penerimaan slip keputusan. Fail Peribadi
Murid perlu dikembalikan dan disimpan oleh Guru Kelas.
38

