Page 159 - Sains Tingkatan 1
P. 159
5.5
Tujuan: Membuat persembahan visual tiga keadaan jirim
Arahan
1. Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu contoh jirim iaitu jirim yang mewakili
kumpulan masing-masing.
3. Sediakan satu persembahan Powerpoint untuk menceritakan jirim yang anda pilih.
Persembahan anda haruslah merangkumi perkara-perkara yang berikut:
(a) sifat-sifat fizik jirim
(b) susunan dan pergerakan zarah jirim
(c) hubungan antara susunan dan pergerakan zarah-zarah jirim dengan sifat fizik
jirim tersebut.
Soalan
1. Nyatakan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan persembahan
ketiga-tiga kumpulan.
2. Senaraikan beberapa contoh jirim yang lain.
Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim
Pernahkah anda terfikir bahawa bau minyak wangi dapat
dihidu selepas disembur walaupun dari tempat yang agak Apakah tujuan
jauh? Mengapa? Penyebaran bau seperti ini, sebenarnya memanaskan minyak
aromatik seperti dalam
disebabkan oleh zarah-zarah bau yang terlalu halus bergerak gambar foto di bawah?
dalam zarah-zarah udara. Zarah-zarah ini bergerak secara
rawak dalam pelbagai arah dan menyebabkan bau wangian
itu tersebar. Kita boleh katakan bahawa resapan telah
berlaku. Resapan ialah proses pergerakan zarah-zarah jirim
dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
berkepekatan rendah.
Zarah minyak wangi
Zarah udara
Rajah 5.9 Resapan minyak wangi
148
148 Bab 5
Bab 5

