Page 162 - Sains Tingkatan 1
P. 162

l
                                                                             na
                                                                                 n ke
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        P Ba n b 5: J irim  p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                        Bab 5: Jirim
                                                                         e
                                                                           ge
                                                                                a
                    Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh Penyerapan dan
                    Pembebasan Haba Berdasarkan Teori Kinetik
                                                        Jirim boleh berubah dari satu keadaan ke
                                                        keadaan fizikal yang lain apabila tenaga
                                                            haba diserap atau dibebaskan.






                    Terdapat banyak bahan yang mengalami perubahan keadaan jirim dalam kehidupan
                    harian kita disebabkan oleh penyerapan dan pembebasan haba. Apakah yang
                    sebenarnya berlaku kepada sesuatu jirim apabila menerima haba atau membebaskan
                    haba? Pemanasan atau penyejukan menyebabkan sesuatu jirim mengalami
                    perubahan keadaan. Contohnya, apabila sesuatu cecair itu disejukkan, cecair itu
                    akan membebaskan haba. Zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak lebih
                    perlahan. Zarah-zarah menarik antara satu sama lain dan bertukar menjadi pepejal.
                    Cecair dikatakan mengalami proses pembekuan.
                        Apabila bahan pepejal dipanaskan, bahan tersebut akan berubah menjadi cecair dan
                    akhirnya menjadi gas melalui proses pendidihan. Sesetengah bahan pula akan berubah
                    terus daripada pepejal menjadi gas. Proses ini disebut sebagai pemejalwapan. Semasa
                    proses pemejalwapan, tenaga kinetik zarah-zarah bertambah apabila zarah menyerap
                    haba sehingga boleh bertukar secara langsung daripada pepejal menjadi gas.












                    Gambar foto 5.7 Haba diserap apabila   Gambar foto 5.8 Pembebasan haba   Video kesan haba
                                  air dipanaskan                     apabila air disejukkan  kepada jirim


                                                     Dipanaskan (haba diserap)












                                                    Disejukkan (haba dibebaskan)
                         Pepejal                             Cecair                               Gas

                                  Rajah 5.13 Perubahan susunan zarah apabila dipanaskan dan disejukkan
                                                                                                      151
                                                                                                Bab 5
                                                                                                Bab 5  151
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167