Page 168 - Sains Tingkatan 1
P. 168
e
ge
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
P Ba n b 5: J irim p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
Bab 5: Jirim
a
n ke
na
l
Abad
5.7 21 KMK
Tujuan: Mencari maklumat dan membuat persembahan
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari maklumat berkaitan dengan dua contoh perubahan keadaan jirim dalam
kehidupan harian bagi setiap proses yang berikut.
(a) Pembekuan
(b) Peleburan
(c) Pendidihan
(d) Penyejatan
(e) Kondensasi
(f) Pemejalwapan
3. Persembahkan hasil perbincangan anda menggunakan multimedia.
5.2
1. (a) Nyatakan keadaan jirim sama ada pepejal, cecair, atau gas.
(i)
(ii)
(iv)
(iii)
(v)
(b) Berikan tiga contoh bagi setiap keadaan jirim.
(c) Bina satu jadual yang menunjukkan perbezaan susunan dan pergerakan zarah bagi tiga
keadaan jirim.
2. Bagaimanakah bau masakan merebak ke seluruh ruang di dalam rumah?
3. Nyatakan teori kinetik jirim.
4. Mengapakah suhu tidak berubah semasa pendidihan air?
5. Di negara yang mengalami empat musim, suhu turun sehingga di bawah 0°C semasa
kemuncak musim sejuk. Hal ini menyebabkan sungai dan tasik membeku di permukaan
sahaja. Mengapakah hanya permukaan air yang membeku dan bukannya keseluruhan
sungai dan tasik membeku?
157
Bab 5 157
Bab 5

