Page 166 - Sains Tingkatan 1
P. 166

Bab 5: Jirim
                                                                         e
                                                                        P Ba n b 5: J irim  p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                           ge
                                                                                a
                                                                                 n ke
                                                                             na
                                                                               l
                         (II)  Perubahan jisim semasa garam melarut
                         Bahan dan radas: Sepuluh spatula garam halus, 100 ml air, rod kaca, bikar, neraca tuas.
                         Arahan
                         1.  Timbang jisim bikar bersama dengan                         Bikar
                           100 ml air. Catat jisim bikar bersama
                           dengan air tersebut.                                         100 ml air +
                                                                                        10 spatula garam
                         2.  Masukkan garam ke dalam bikar
                           tersebut.  Timbang dan catat jisim bikar                     Neraca
                           bersama garam.                                               tuas
                         3.  Kemudian, kacau garam yang
                           dimasukkan ke dalam bikar sehingga                           Penunjuk
                           semua garam melarut. Selepas semua
                           garam melarut, timbang jisim larutan
                           tersebut. Catat jisimnya (Rajah 5.17).
                         Soalan                                               Rajah 5.17
                         1.  Adakah jisim garam berubah selepas dilarutkan?


                         (III)  Perubahan jisim semasa pengembangan pepejal

                         Bahan dan radas: Bebola logam dan gelang, penunu Bunsen, neraca tiga alur.
                         Arahan
                         1.  Timbang bebola logam bersama
                           dengan gelang. Catat jisimnya.               Gelang
                         2.  Panaskan bebola logam selama 5
                           minit. Timbang bebola logam yang
                           panas itu bersama dengan gelang.                              Bebola
                           Catat jisimnya (Rajah 5.18).                                  logam
                         Soalan                                               Panaskan
                         1.  Adakah jisim sebelum dan selepas bebola logam
                           dipanaskan berbeza?                                 Rajah 5.18





                         Apabila sesuatu bahan dipanaskan, suhu akan meningkat dan apabila sesuatu bahan
                    disejukkan, suhu akan menurun. Walau bagaimanapun, suhu tidak akan berubah ketika
                    mencapai takat beku, takat lebur dan takat didih semasa proses pembekuan, peleburan
                    dan pendidihan. Keadaan ini berlaku kerana tenaga kinetik zarah-zarah tidak bertambah;
                    haba diserap atau dibebaskan untuk memastikan daya tarikan antara zarah-zarah diatasi
                    atau dibentuk. Semasa perubahan fizikal ini berlaku, jisim juga kekal tidak berubah kerana
                    kuantiti zarah-zarah tidak berubah apabila dipanaskan atau disejukkan. Perubahan yang
                    berlaku hanyalah pada tenaga kinetik zarah-zarah tersebut.






                                                                                                      155
                                                                                                Bab 5
                                                                                                Bab 5  155
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171