Page 185 - Sains Tingkatan 1
P. 185

(VI) Takat lebur

                     Hipotesis: Takat lebur logam lebih tinggi.           Aktiviti ini menghasilkan gas
                                                                          berbahaya. Oleh itu, lakukan
                     Pemboleh ubah                                        aktiviti ini di dalam kebuk wasap.
                     Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
                     Pemboleh ubah bergerak balas: Takat lebur bahan
                     Pemboleh ubah dimalarkan: Kuantiti bahan
                     Bahan dan radas: Termometer (0-360°C), mangkuk
                     pijar, penunu Bunsen, alas segi tiga tanah liat,   Termometer
                     tungku kaki tiga, serbuk timah, serbuk sulfur.                       Serbuk
                     Prosedur                                      Mangkuk                timah
                     1.  Panaskan serbuk timah di dalam mangkuk pijar.  pijar             Alas segi tiga
                     2.  Perhatikan dan rekod takat lebur serbuk timah.                   tanah liat
                     3.  Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggunakan
                        serbuk sulfur.                                        Panaskan    Tungku
                     4.  Rekodkan pemerhatian anda.                                       kaki tiga

                                                                               Rajah 6.17

                     Keputusan
                              Ciri-ciri fizikal             Logam                Bukan logam
                       Kekilauan
                       Kemuluran
                       Kebolehtempaan
                       Kekonduksian elektrik
                       Kekonduksian haba
                       Takat lebur

                     Kesimpulan
                     Adakah hipotesis boleh diterima?

                     Soalan
                     1.  Apakah perbezaan kekilauan permukaan rod kuprum dan karbon?
                     2.  Antara dawai kuprum dengan grafit pensel, yang manakah dapat dibengkokkan?
                     3.  Antara kepingan besi dengan sulfur, yang manakah boleh ditempa?
                     4.  Antara rod besi, rod karbon dan rod sulfur yang manakah dapat mengkonduksikan
                        arus elektrik?
                     5.  Antara rod besi dengan karbon, yang manakah konduktor haba yang lebih baik?
                     6.  Antara serbuk timah dengan sulfur, yang manakah mempunyai takat lebur yang
                        lebih tinggi?








                    174  Bab 6
                    174
                         Bab 6
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190