Page 189 - Sains Tingkatan 1
P. 189

(a)  Kaedah Penurasan
                   Kaedah penurasan digunakan untuk  mengasingkan bahan pepejal yang  tidak larut
                   daripada cecair di dalam suatu campuran antara cecair dan pepejal.





                                                                     Kertas turas memisahkan
                                                                     serdak kopi daripada air kopi.










                                   Gambar foto 6.6 Contoh kaedah penurasan dalam kehidupan harian

                       Mari kita jalankan  Aktiviti  6.4 untuk  mempelajari cara mengasingkan campuran
                   menggunakan kaedah penurasan.


                                           6.4

                        Tujuan: Mengasingkan campuran dengan menggunakan kaedah penurasan
                        Bahan dan radas: Pasir, air suling, kertas turas, corong turas, bikar 50 ml, spatula, rod
                        kaca, kaki retort dan pengapit.
                        Arahan

                                           Rod kaca              Campuran pasir dan air

                                                                 Kertas turas
                                                                 Baki turasan
                                           Kaki                  Corong turas
                                           retort
                                                                 Hasil turasan

                                                           Rajah 6.20
                        1.  Masukkan campuran pasir dan air (30 ml air dan dua spatula pasir) ke dalam
                           sebuah bikar.
                        2.  Kacau campuran pasir dan air selama dua minit.
                        3.  Turas campuran tersebut (Rajah 6.20). Catatkan pemerhatian anda.
                        Soalan
                        1.  Apakah keadaan jirim bagi pasir dan air?
                        2.  Adakah pasir dapat diasingkan secara fizikal?
                        3.  Namakan baki turasan dan hasil turasan dalam aktiviti ini.


                    178
                    178  Bab 6
                         Bab 6
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194