Page 19 - Sains Tingkatan 1
P. 19

Inovasi Teknologi
                   Kebanyakan mesin dan alat
                   yang kita gunakan setiap hari
                   ialah hasil reka cipta sains,
                   contohnya kereta, kapal terbang,
                   telefon, komputer dan sebagainya.
                   Mesin dan alat tersebut membantu
                   kita menyelesaikan masalah dalam
                   kehidupan seharian kita.

                                                             Gambar foto 1.4 Perkembangan teknologi
                                            1.1                                                  Abad  KMK
                                                                                                 21
                       Tujuan: Contoh inovasi teknologi dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

                       Arahan
                       1.  Secara berkumpulan, cari maklumat tentang contoh inovasi teknologi untuk
                          menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Maklumat boleh diperoleh
                          daripada Internet, majalah, surat khabar, atau sumber-sumber lain.
                       2.  Bincangkan maklumat yang telah dikumpulkan dan bentangkan hasil
                          perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dengan menggunakan multimedia,
                          contohnya Powerpoint.
                       3.  Bincangkan cara-cara robot dapat membantu kita dalam kehidupan seharian.
                          Perhatikan Rajah 1.5.
                                                                   Saya boleh
                                 Saya boleh                      membantu tuan
                              membantu tuan                      saya  membaiki
                              saya mengemas                       alat elektrik.
                                  rumah.

                                         Rajah 1.5 Robot digunakan dalam kehidupan seharian









                        Tahukah anda?
                        Hadiah Nobel diberikan kepada ahli sains yang
                        cemerlang dalam beberapa bidang sains setiap
                        tahun di Stockholm, Sweden. Layari laman web
                        yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut.


                                 Hadiah nobel
                                 http://www.nobelprize.org             Gambar foto 1.5 Hadiah Nobel




                     8 8  Bab 1
                         Bab 1
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24