Page 192 - Sains Tingkatan 1
P. 192
e
ge
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
P Ba n b 6: J ad a u a l B p e ad a P a e n y i as a ta n S a in t ifi k
Bab 6: Jadual Berkala
na
a
l
rk
l
n ke
6.6
Tujuan: Mengasingkan campuran melalui kaedah pemisahan menggunakan magnet
Bahan dan radas: Campuran serbuk besi dan serbuk sulfur, spatula, piring Petri,
magnet bar, kertas
Arahan
1. Letakkan satu spatula campuran serbuk besi dan serbuk sulfur ke dalam piring Petri.
2. Letakkan magnet bar dekat dengan campuran tersebut (Rajah 6.23).
3. Catatkan pemerhatian anda.
Magnet bar
Kertas
Piring Petri
Campuran serbuk besi
dan serbuk sulfur
Rajah 6.23
Soalan
1. Serbuk yang manakah tertarik pada magnet?
2. Adakah serbuk yang anda jawab dalam soalan 1 dikategorikan sebagai logam atau
bukan logam?
(d) Kaedah Pengenapan
Apakah yang dapat anda perhatikan jika pasir dimasukkan ke dalam satu bikar berisi air?
Cuba anda lihat Gambar foto 6.10. Dua lapisan terbentuk, iaitu lapisan air di bahagian
atas dan lapisan pasir yang terenap di bahagian bawah bikar. Hal ini berlaku kerana pasir
tidak larut di dalam air dan pasir mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air.
Oleh itu, kaedah pengenapan boleh digunakan untuk mengasingkan campuran cecair
dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan terenap di dasar. Mari kita cuba
jalankan kaedah pengenapan seperti dalam Aktiviti 6.7.
Air
+ =
Pasir
Air Pasir Campuran air dan pasir
Gambar foto 6.10 Pasir terenap di dasar bikar berisi air
181
Bab 6 181
Bab 6

