Page 253 - Sains Tingkatan 1
P. 253

8.9

                         Tujuan: Menyiasat penambahan warna primer bagi membentuk warna sekunder
                         Bahan dan radas: Penapis warna primer, tiga kotak sinar, skrin putih.

                         Arahan
                         1.  Jalankan aktiviti ini di dalam bilik yang gelap.
                         2.  Sediakan tiga buah kotak sinar dengan penapis warna merah, biru dan hijau yang
                           masing-masing dipasang di hadapan kotak sinar.
                         3.  Tujukan alur cahaya berwarna merah dan cahaya berwarna hijau bertindih pada
                           skrin seperti dalam Rajah 8.25. Apakah warna yang dapat kamu perhatikan apabila
                           cahaya merah dan cahaya hijau bertindih?
                                                                 Skrin putih





                                 Penapis warna hijau
                                      Kotak sinar
                                                                          Penapis warna merah

                                           Punca bekalan kuasa
                                                          Rajah 8.25

                         4.  Ulang langkah 3 dengan menggunakan cahaya hijau dengan biru dan diikuti oleh
                           cahaya merah dengan cahaya biru. Perhatikan warna yang terbentuk.



                   Penolakan Cahaya

                   Mengapakah kita dapat melihat warna objek legap?
                   Mengapakah kita melihat pisang berwarna kuning,
                   strawberi berwarna merah dan daun berwarna hijau?
                   Hal ini disebabkan oleh warna cahaya yang sama dengan
                   objek legap akan dipantulkan ke mata kita, manakala
                   warna lain akan diserap. Fenomena ini dikenal sebagai      Hijau
                   penolakan cahaya.



                                        Kuning


                                                                   Merah








                                                Gambar foto 8.14 Warna buah-buahan
                    242  Bab 8
                    242
                         Bab 8
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258