Page 251 - Sains Tingkatan 1
P. 251
Pada waktu senja
Pada waktu senja pula, cahaya
matahari bersinar secara Zarah udara, habuk dan debu
mengufuk. Cahaya yang
paling kurang diserak seperti Cahaya biru diserak
merah dan jingga akan melalui oleh zarah-zarah yang
terapung di udara
atmosfera tanpa gangguan.
Cahaya lain seperti cahaya Cahaya daripada matahari
biru yang banyak diserak akan muncul kemerahan
hilang daripada lintasan cahaya Bumi
asal. Oleh itu, langit pada waktu
senja kelihatan kemerahan. Rajah 8.22 Penyerakan cahaya pada waktu senja
8.8
Tujuan: Mengkaji penyerakan cahaya
Bahan dan radas: Serbuk susu, bikar kaca 1000 ml, kotak sinar, skrin putih.
Arahan
1. Lakukan aktiviti dalam keadaan gelap.
2. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.23.
3. Hidupkan kotak sinar.
4. Tambahkan beberapa sudu serbuk susu ke dalam air. Kacau air sehingga anda dapat
melihat alur cahaya yang bersinar melalui cecair dengan jelas.
5. Lihat alur cahaya dari sisi bekas. Kemudian, lihat pada skrin putih seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 8.23.
6. Tambahkan lagi serbuk susu dan perhatikan warna alur cahaya putih berubah dari
sisi bekas dan pada skrin putih.
7. Rekodkan pemerhatian anda.
Serbuk Skrin
susu putih
Kotak sinar
Air
Rajah 8.23
Soalan:
1. Apakah fungsi penambahan serbuk susu ke dalam air?
2. Apakah perbezaan antara alur cahaya yang dilihat dari sisi bekas dengan di
belakang bekas? Apakah yang telah berlaku?
240 Bab 8
240
Bab 8

