Page 13 - Pendidikan_Seni_Visual_Tingkatan_1
P. 13
Institusi Seni
Usaha memperkembangkan seni visual dilakukan dengan penubuhan beberapa institusi yang
menawarkan pelbagai kursus dalam bidang kesenian. Antaranya ialah Sultan Idris Training College,
Specialist Teacher's Training Institute, Institut Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia dan
institusi seni swasta.
• Institusi: Specialist Teacher’s Training
• Institusi: Sultan Idris Training College
(SITC) Institute (STTI)
• Tahun penubuhan: 29 November 1922 • Tahun penubuhan: 1960
• Tujuan: Melatih guru-guru dalam mata
• Tujuan: Melatih guru-guru Melayu pelajaran seni
• Kursus: Seni Lukis dan Pertukangan • Kursus: Sejarah dan Apresiasi Seni,
Tangan seperti anyaman dan
kerja kayu Idea Moden dalam Pendidikan
Moden dan Rekaan Kreatif
• Institusi: Institut Teknologi • Universiti Sains Malaysia • Institusi: Institusi seni swasta
MARA (ITM) kini (USM) • Tujuan: Membantu dalam
dikenali sebagai • Tahun penubuhan: 1972 perkembangan seni
Universiti Teknologi (Jabatan Seni) visual dan pendidikan
MARA (UiTM) • Kursus: Pengajian Seni • Contoh: Kuala Lumpur
• Tahun penubuhan: 1967 Halus seperti Catan, Institute of Graphic,
• Kursus: Pengajian Seni seperti Seni Reka Grafik, Limkokwing
Seni Halus, Seni Reka Seni Foto dan University of Creative
Grafik dan Seni Reka Cetakan Technology
Perindustrian
Rajah 1.2 Institusi yang menggalakkan perkembangan seni visual
Seni Reka
Sejarah dan Perkembangan
Sejarah perkembangan seni reka negara kita agak muda berbanding dengan perkembangan seni
halus dan seni kraf. Seni reka terbahagi kepada komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan
reka bentuk persekitaran. Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi Institut Teknologi
MARA (kini UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan institusi swasta
misalnya, merupakan titik tolak transformasi terhadap bentuk-bentuk rekaan dua dimensi (2D)
dan tiga dimensi (3D) sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.
Bidang seni reka di negara ini terus berkembang dengan penubuhan Majlis Rekabentuk
Malaysia dan Majlis Inovasi Negara. Beberapa buah institusi seperti Institut Teknologi MARA dan
institusi swasta telah berjaya melahirkan ramai pereka yang berkaliber.
7

