Page 9 - Pendidikan_Seni_Visual_Tingkatan_1
P. 9

Persepsi Seni                                        Standard     Pembelajaran
                                                                                    Pembelajaran
                                                                        Selepas mempelajari subtajuk ini,
                 Seni Halus                                             murid dapat:

                 Sejarah dan Perkembangan                               •  Menggalurkan Perkembangan Seni
                                                                         Visual di Malaysia:
                 Sejarah seni visual negara kita bermula pada tahun       ❖ Seni Halus
                 1920-an dengan penubuhan Penang Impressionist Society.      ♦  Sejarah dan perkembangan
                 Ahlinya ialah isteri-isteri golongan ekspatriat. Puan Lim      ♦  Tokoh dan karya
                 Cheng Kung sebagai penaja dan Abdullah Ariff sebagai       ♦  Pertubuhan dan persatuan
                 guru seni lukis. Pada tahun 1930-an, muncul sekumpulan      ♦  Institusi Seni
                 pelukis yang dikenali sebagai 12 pelukis perintis di Pulau     ❖ Seni Reka
                 Pinang, antaranya ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun        ♦  Sejarah dan perkembangan
                 Sen. Mereka menjadikan landskap sebagai tema karya cat      ♦  Tokoh dan karya
                 air mereka.                                                 ♦  Pertubuhan dan persatuan
                                                                            ♦  Institusi Seni
                     Pada tahun 1950-an, muncul pula pelukis seperti      ❖ Seni Kraf
                 Chuah Thean Teng dan Khalil Ibrahim yang menggunakan       ♦  Bidang
                 subjek tempatan sebagai tema dalam karya catan mereka.      ♦  Adiguru dan produk
                 Penubuhan Wednesday Art Group melahirkan para pelukis      ♦  Institusi:
                 yang menampilkan karya catan gaya naturalisme. Karya         − Kraftangan Malaysia
                 mereka bertemakan subjek yang mencerminkan warisan           − Institut Kraf Negara
                 sosiobudaya masyarakat Malaysia.
                     Selepas merdeka, landskap seni visual negara terus berubah. Kepulangan pelukis-pelukis
                 seperti Jolly Koh dan Ibrahim Hussein ke tanah air telah menampilkan catan gaya ekspresionisme
                 dan ekspresionisme abstrak hasil pengaruh gaya seni Barat. Perkembangan seni visual semakin
                 rancak dengan penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia dan Persatuan Pelukis Malaysia.
                 Penubuhan institusi seperti Institut Teknologi MARA dan institusi seni swasta yang menawarkan
                 pelbagai kursus seni menyemarakkan bidang seni visual ini di negara kita.

                 Tokoh dan Karya
                 Sepanjang perkembangan seni visual, terdapat tokoh-tokoh yang lahir dan bertanggungjawab
                 kepada perkembangan seni visual tanah air. Contoh tokoh-tokoh terkemuka tanah air adalah
                 seperti yang berikut:


                                                        Seni Halus


                           Lukisan/Catan                   Arca                      Cetakan

                     •  Abdullah Ariff            •  Anthony Lau             •  Long Thien Shih
                     •  Yong Mun Sen              •  Zakaria Awang           •  Ahmad Khalid Yusof
                     •  Mohamed Hoessein Enas     •  Ramlan Abdullah         •  Chew Teng Beng
                     •  Ibrahim Hussein           •  Raja Shahriman Raja     •  Ismail Zain
                     •  Dzulkifli Buyong           Aziddin                   •  Ponirin Amin
                     •  Chuah Thean Teng          •  Mad Anuar Ismail        •  Lee Joor For
                     •  Syed Ahmad Jamal          •  Zulkifli Yusoff         •  Juhari Said
                     •  Abdul Latiff Mohidin      •  Rosli Zakaria           •  Ilse Noor
                                          Rajah 1.1 Tokoh-tokoh seni halus tempatan

                                                           3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14