Page 121 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 121

Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan Sarawak





                              Di sebalik penentangan terhadap penyerahan Sarawak, terdapat juga penduduk
                              yang menyokong penyerahan ini. Kumpulan penyokong ini diketuai oleh
                              Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman.
                              Terdapat  beberapa  faktor  yang menyokong  penyerahan  Sarawak, iaitu  untuk
                              memajukan  negeri dan penduduk tempatan serta memberikan peluang
                              pekerjaan dalam perkhidmatan awam.                                                BAB




                          Memajukan Negeri                                                                     4


                          Ahli Majlis Negeri, Datu Bandar  Abang Haji Mustapha menyatakan  bahawa selepas
                          perang, negeri Sarawak mengalami banyak kemusnahan. Penyerahan ini dapat memajukan
                          Sarawak dalam pelbagai  aspek seperti politik, perhubungan, perdagangan, pertanian,
                          pendidikan, kesihatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak.


                          Memajukan Penduduk Tempatan


                          Golongan propenyerahan  menubuhkan  Young Malay  Association (YMA)  untuk
                          menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Pertubuhan
                          ini juga membantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek.
                          Kegiatan YMA menjurus dalam bidang pelajaran, agama dan sukan. Pertubuhan ini
                          menubuhkan cawangannya di Sibu, Kalaka dan Miri.

                          Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam

                          Ramai golongan intelektual di Sarawak diberikan peluang untuk mengisi jawatan tinggi
                          dalam perkhidmatan kerajaan seperti peguam, doktor dan jurutera. Dengan ini, British
                          akan memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada Sarawak.












                     British  menjadikan  Sarawak tanah  jajahannya.  Langkah  tersebut  menggambarkan  rancangan
                     besar British di Tanah Melayu, Singapura dan wilayah utara Borneo. Penyerahan Sarawak telah
                     mencetuskan reaksi menentang dan menyokong daripada penduduk.


                                                                                                     113
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126