Page 122 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 122

4.6  Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British

                  Selepas tentera  Jepun menyerah  kalah, British Military  Administration  (BMA) diperkenalkan
                  di Sabah. Kota Kinabalu dibebaskan daripada kawalan tentera Jepun pada 28 September 1945,
                  manakala Sandakan pada 19 Oktober 1945. BMA diketuai oleh C.F.C. Macaskie. BMA berusaha
                  untuk mengembalikan keamanan dan ketenteraman negeri.










             4

            BAB






                    Tentera BMA bersama-sama dengan kanak-kanak    Tentera BMA di Pulau Labuan, Sabah.
                    di Kudat, Sabah.                            Sumber: Wendy Khadijah Moore, 2004. Malaysia: A Pictorial
                    Sumber:  Wendy Khadijah  Moore, 2004.  Malaysia:     History 1400–2004.  Kuala Lumpur:  Arkib Negara Malaysia
                    A Pictorial History 1400–2004. Kuala Lumpur: Arkib   dan The New Straits Times Press.
                    Negara Malaysia dan The New Straits Times Press.



                  Faktor Penyerahan Sabah kepada British

                  Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British pada
                  26 Jun 1946. Sabah kemudiannya menjadi tanah jajahan British. Penyerahan Sabah sebagai sebuah
                  tanah jajahan bermakna pentadbiran negeri akan ditadbir oleh seorang Gabenor yang bertindak
                  sebagai Ketua Kerajaan. Gabenor British yang pertama di Sabah ialah Sir Edward Twining.





                  Memenuhi Kepentingan British

                  Perdana Menteri Britain, Clement Attlee ketika itu sedang menyelesaikan soal pemberian
                  kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan Burma. Sementara itu, Sabah merupakan sebuah
                  negeri yang berpotensi menggantikan jajahan tersebut. Sabah berupaya untuk membekalkan
                  sumber bahan mentah dan kawasan pasaran bagi barangan British.
                  Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar

                  Semasa pemerintahan  SBUB, Sabah menjadi  negeri naungan British. British menguasai
                  perhubungan luar negeri dan pertahanan Sabah. Keadaan ini mendorong SBUB membuat
                  keputusan untuk menyerahkan Sabah kepada British pada tahun 1946.





                    114
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127