Page 129 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 129

1.   Mengapakah British menubuhkan pentadbiran yang berikut?


                          Tempoh               September 1945–Mac 1946

                          Pentadbiran          British Military Administration (BMA)


                        A.  Mewujudkan keamanan
                        B.  Menjimatkan perbelanjaan                                                            BAB
                        C.  Memberikan latihan kepimpinan
                        D.  Melaksanakan ekonomi kawalan                                                       4


                    2.   Maklumat yang berikut merujuk rancangan British untuk mewujudkan sistem pentadbiran
                        baharu di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.


                             Mewujudkan pentadbiran yang cekap
                             Memastikan sumbangan orang asing
                             Memperkenalkan syarat kewarganegaraan terbuka

                        Apakah sistem pentadbiran yang dapat menjayakan rancangan tersebut?

                        A.  Negeri-negeri Melayu Bersekutu
                        B.  British Military Administration
                        C.  Persekutuan Tanah Melayu
                        D.  Malayan Union

                    3.   British  telah  melantik  Sir  Harold MacMichael  untuk mendapatkan  tandatangan  Raja-raja
                        Melayu bagi melaksanakan Malayan Union.
                        Bagaimanakah beliau mendapatkan persetujuan tersebut?

                        I   Membuat desakan
                        II  Mewujudkan imuniti
                        III  Mengekalkan gelaran
                        IV  Menggunakan ugutan

                        A.  I dan II
                        B.  I dan IV
                        C.  II dan III
                        D.  III dan IV






                                                                                                     121
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134