Page 134 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 134
5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh
penduduk tempatan. Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu. Di samping itu, terdapat juga golongan yang mencadangkan perlembagaan alternatif
yang dinamakan Perlembagaan Rakyat.
Penubuhan Jawatankuasa Kerja
Ahli
Jawatankuasa
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
Matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk
membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Jawatankuasa Kerja terdiri daripada
wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan pegawai
kanan British.
5
BAB Wakil Kerajaan British
1. A.T. Newboult
- Ketua Setiausaha Malayan Union
2. K.K. O’ Connor
- Peguam Negara Malayan Union
3. W.D. Godsall
Persekutuan - Setiausaha Kewangan
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri 4. Dr. W. Linehan - MCS
di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan 5. A.Williams - MCS
Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan 6. D.C. Watherston - Setiausaha
pusat dan kerajaan negeri.
Nyatakan cadangan Jawatankuasa Kerja.
Ahli Jawatankuasa Kerja dan Penasihat
Undang-undang.
Duduk dari kiri: Theodore Adams
(penasihat kepada sultan), K.K. O’ Connor,
A.T. Newboult, Dato’ Onn Jaafar,
Haji Mohamad Sheriff Osman dan
Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur.
Berdiri: D.C. Watherston, Ralph Hone,
W.D. Godsall, Dato’ Nik Ahmad Kamil
Mahmud, Dato’ Hamzah Abdullah,
Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin,
Roland Braddell dan Dr. W. Linehan.
Sumber: Ja’afar Onn, 2007. UMNO dan Malayan
Union. Petaling Jaya: MPH Group Publishing
Sdn. Bhd.
126

