Page 15 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 15

Wilayah Pengaruh                                                                            BAB

                                                                                                                BAB
                                                                                                                BAB
                                                                                                                BAB
                    Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan
                    raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.                                                 1
                                                                                                               1
                                                                                                               1
                                                                                                               1
                    Kesultanan Melayu Melaka mempunyai  wilayah     Undang-undang yang berikut dipengaruhi oleh
                    pengaruh yang luas  merangkumi  keseluruhan     undang-undang Kesultanan Melayu Melaka:
                    Semenanjung  Tanah Melayu dan pantai  timur     1.  Undang-Undang Pahang.
                    Sumatera. Wilayah pengaruh ini diperoleh melalui   2.  Undang-Undang 99 Perak.
                    penaklukan,  naungan dan perkahwinan. Wilayah      (a)   Kumpulkan  maklumat  yang  berkaitan
                    pengaruh yang luas membuktikan  kewibawaan             dengan  undang-undang  di  atas  dari
                    pemerintah kerajaan ini.                               aspek kandungan secara ringkas.
                                                                       (b)  Bentangkan dapatan kajian anda.

                    Undang-undang

                    Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman
                    Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun
                    Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
                    Undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan   Wilayah taklukan ialah wilayah yang diperoleh
                    kerajaan dan melindungi rakyat. Undang-undang   melalui  peperangan.  Antara wilayah yang
                    ini  juga  menjadikan  Kesultanan  Melayu  Melaka   ditakluk  termasuklah  Pahang, Kuala  Linggi,
                                                                    Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar.
                    sebagai sebuah kerajaan yang unggul.
                                                                    Wilayah naungan ialah wilayah yang menerima
                                                                    ketuanan Kesultanan Melayu Melaka sama ada
                    Lambang Kebesaran                               melalui perkahwinan atau persahabatan. Contoh
                                                                    wilayah naungan ialah  Lingga, Patani dan
                    Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah   Kedah.
                    kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
                    Lambang kebesaran ini juga menjadi simbol       Perolehan wilayah melalui  perkahwinan.
                    kedaulatan sultan yang memerintah.  Antara      Contohnya, kerajaan Majapahit menghadiahkan
                    lambang kebesaran ini termasuklah adat istiadat,   Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana
                    penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.   mengahwini Puteri Majapahit.
                    Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan    Sumber: Zainal  Abidin  Abdul  Wahid, 1989. “Kerajaan
                                                                    Melaka dalam Hubungan Antarabangsa”. Kertas Persidangan
                    daripada sultan.                                Antarabangsa Tamadun Melayu II, Kuala Lumpur.



                    Kesultanan Melayu Melaka dengan ciri-ciri
                    negara bangsa seperti kerajaan, rakyat, kedaulatan,
                    wilayah pengaruh, undang-undang dan  lambang
                    kebesaran menjadikan kerajaan ini gemilang.
                                                                    Nyatakan ciri-ciri  negara bangsa Kesultanan
                    Kegemilangan ini membuktikan asas negara
                                                                    Melayu Melaka.
                    bangsa terbentuk sebelum kedatangan Barat.
                    Ciri-ciri tersebut menjadi panduan pembentukan
                    negara bangsa kita pada masa kini mengikut acuan
                    sendiri. Sebagai  rakyat Malaysia,  kita  harus
                    bersatu padu untuk mengukuhkan pembentukan
                    sebuah negara bangsa.


                                                                                                      7
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20