Page 18 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 18

1  1  Undang-undang

                  Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum
            BAB  BAB  adat, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang
                  ini diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan
                  Kesultanan Melayu Melaka.
                                                   Hukum Kanun Melaka

                  Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang membincangkan antaranya termasuklah
                  jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.

                1            Jenayah                    2        Peranan Sultan dan Pembesar


                                                          Setiap pembesar Melaka mempunyai peranan dalam
                  Perbuatan jenayah menggugat
                  ketenteraman dan keharmonian            pentadbiran dan mereka juga perlu arif dalam hal
                  Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai      berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang.
                  hukuman setimpal dikenakan terhadap     Contohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas sultan,
                  perbuatan jenayah seperti membunuh,     Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
                  menikam dan mencuri. Antara kesalahan   Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar,
                  yang boleh dikenakan hukuman bunuh      contohnya Bendahara dan Temenggung.
                  termasuklah seperti dalam Fasal 5.1,
                  apabila seseorang didapati membunuh   3       Kekeluargaan
                  orang lain tanpa pengetahuan raja atau   Isu kekeluargaan diberikan perhatian oleh Kesultanan
                  pembesar, maka dia akan dihukum          Melayu Melaka. Undang-undang keluarga bertujuan
                  bunuh. Dalam Fasal 4, hukuman bunuh      mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan
                  dikenakan kepada sesiapa yang ingkar     menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga
                  arahan dan memalsukan titah sultan.
                                                           atau dalam perkahwinan. Antara hukum dalam
                                                           perkahwinan termasuklah dalam Fasal 26 yang
                                                           menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat
                                                           orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang
                                                           sahaja. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi
                                                           saksi dalam pernikahan.

                  Beberapa fasal dalam Hukum Kanun      4          Ekonomi
                  Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
                                                           Perdagangan merupakan elemen penting yang
                                                           menjadikan Kesultanan Melayu Melaka terkenal
                                                           di seluruh dunia. Undang-undang ini mempunyai
                                                           peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal
                                                           perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang
                  Dalam  Hukum Kanun Melaka,               kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
                  terdapat beberapa perkataan yang         Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba
                  hanya boleh digunakan oleh raja,         diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang
                  iaitu titah, murka, kurnia dan
                  anugerah. Rakyat tidak dibenarkan        menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman
                  mempersendakan dan menuturkan            dan perlu melafazkan niat jual beli.
                  perkataan tersebut.
                                                          Sumber: Liaw Yock Fang, 1976. Undang-Undang Melaka (The Law of
                                                          Malacca). The Hague:Martinus Nijhoff.

                     10
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23