Page 175 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 175

1.   Dialog di bawah mungkin berlaku pada zaman darurat di Tanah Melayu.

                           Pegawai British:          Tuan, kita menghadapi kesukaran untuk membanteras
                                                     ancaman komunis kerana mereka mendapat bantuan
                                                     daripada Min Yuen.
                           Pesuruhjaya Tinggi British:  Jika begitu, saya akan arahkan Sir Harold Briggs untuk
                                                     menangani masalah ini.

                        Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah tersebut?
                        A.  Mengisytiharkan darurat
                        B.  Melancarkan perang saraf
                        C.  Memperkenalkan tawaran pengampunan
                        D.  Melaksanakan kawasan penempatan semula

                    2.   Gambar yang berikut merujuk Sir Gerald Templer semasa melancarkan perang saraf.






                                                                                                                BAB
                                                                                                               6








                        Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha perang
                        saraf tersebut?
                        A.  Mewujudkan Kampung Baru
                        B.  Memperkenalkan kad pengenalan
                        C.  Membawa masuk tentera Komanwel
                        D.  Melonggarkan syarat kewarganegaraan

                    3.   Kerajaan  membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan
                        negara antara tahun 1948 hingga tahun 1960.


                        Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
                        A.  Menamatkan konfrontasi
                        B.  Membendung rusuhan kaum
                        C.  Menghapuskan kegiatan lanun
                        D.  Membanteras ancaman komunis



                                                                                                     167
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180