Page 177 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 177

Cakna dan Cerminan Sejarah




                    Nilai, Patriotisme dan Iktibar

                       •   Kestabilan dan kemakmuran negara yang kita kecapi pada masa ini perlu dikekalkan.
                       •   Kestabilan  dan kemakmuran negara  merupakan  hasil  perjuangan  masyarakat  terdahulu
                           yang harus dipertahankan demi kelangsungan generasi akan datang.
                       •   Semangat juang dan pengorbanan mereka yang berjuang demi kestabilan dan kemakmuran
                           negara hendaklah dicontohi dan dihargai.

                    Diri dan Keluarga

                    Kestabilan dan kemakmuran negara yang kita nikmati pada hari ini disebabkan oleh pengorbanan
                    generasi masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menerapkan  semangat  sedia berkorban untuk
                    membolehkan kita melindungi ahli keluarga dan masyarakat daripada ancaman musuh negara.

                    Negara
                    Kestabilan,  keselamatan,  keamanan,  keharmonian  dan kesejahteraan  merupakan  faktor anjakan
                    pembangunan dan pemodenan negara yang berjalan dengan jayanya.                             6




                                                                                                                BAB



































                    Pemodenan angkatan tentera merupakan usaha kerajaan untuk memelihara keselamatan negara daripada ancaman musuh.
                    Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd.

                                                                                                     169
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182