Page 181 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 181

Parti Kebangsaan Melayu                    Malayan Indian Congress
                1946        Labuan                                     Malayan Indian Congress (MIC) yang
                                                                       diasaskan oleh John Thivy meletakkan
                            Perjuangan PKMM untuk kemerdekaan Tanah    objektif untuk bekerjasama dengan
                            Melayu mempengaruhi penubuhan Parti        kaum lain dalam usaha memperjuangkan
                            Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) di         kemerdekaan  Tanah Melayu. MIC
                            Sabah. PKML yang dipimpin  oleh  Tengku    menegaskan bahawa kewarganegaraan
                            Noordin dan Zakaria Gunn menjalankan       yang tunggal kepada mereka yang
                            dasar tidak bekerjasama dengan penjajah    menerima Tanah Melayu sebagai tanah
                            dan menuntut  Sabah dimerdekakan  daripada   air dan sedia melafazkan taat setia
                            British.  Laungan  “Hidup Melayu-Merdeka”   kepada Tanah Melayu.
                            dalam  penulisan  surat  Zakaria  Gunn kepada
                            ahli PKML menekankan kesedaran kebangsaan
                            untuk merdeka.



                            Hizbul Muslimin
                            Perhimpunan rakyat di Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak, melahirkan Majlis
                 1947       Agama Islam Tertinggi (MATA) yang diterajui oleh ulama berpengaruh seperti Abu Bakar al-Baqir,
                            Sheikh Fadhlulah Suhaimi dan Sheikh Abdullah Fahim. Perhimpunan MATA melahirkan Hizbul
                            Muslimin dengan matlamat mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam. British yang
                            tidak senang dengan asas perjuangan Hizbul Muslimin telah mengharamkan pertubuhan tersebut.


                            Malayan Chinese Association
                            Tan Cheng Lock yang memimpin Malayan Chinese Association (MCA) menegaskan bahawa MCA
                 1949       mempunyai tugas untuk menjadikan  Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang
                            berdemokrasi penuh. Bagi menjayakan matlamat tersebut, MCA berusaha menyatukan masyarakat
                            Cina dan bekerjasama dengan semua kaum di  Tanah Melayu dalam keadaan harmoni untuk   BAB
                            kemerdekaan Tanah Melayu.
                                                                                                                BAB
                                                                                                                BAB
                            Parti Islam Se-Tanah Melayu                  Independence of Malayan               7
                                                                                                               7
                                                                                                               7
                            Idea negara Islam telah diteruskan melalui   Party (IMP)
                            penubuhan  Parti  Islam  Se-Tanah  Melayu  (PAS).
                 1951       Dr. Burhanuddin  al-Helmi,  Yang Dipertua  PAS,   Dato’ Onn Jaafar mengasaskan penubuhan

                            menegaskan  bahawa  PAS bercita-cita  membina   Independence of Malayan Party (IMP)
                            satu  negara  dan  satu  bangsa  yang  teguh  dengan   untuk melaksanakan idea “Tanah Melayu
                            bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  kebangsaan  dan   untuk Malayan”. Selepas tahun 1949,
                            rasmi yang tunggal. Kemerdekaan bagi PAS ialah   pemikiran politik Dato’ Onn Jaafar terarah
                            Tanah Melayu merdeka  dengan menjalankan     kepada perpaduan kebangsaan. Bagi
                                                                         Dato’  Onn  Jaafar,  tuntutan  kemerdekaan
                            hukum Islam.
                                                                         tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum
                                                                         lain yang diterima menjadi rakyat  Tanah
                        Idea negara merdeka tercetus secara menyeluruh   Melayu. Beliau mahu orang Melayu
                                                                         menjadi pemimpin kepada orang bukan
                        dalam kalangan penduduk di negara kita yang meliputi
                                                                         Melayu yang turut mempunyai hak dalam
                        pelbagai ideologi terhadap keinginan bebas daripada
                                                                         politik dan ekonomi.
                        kolonial British. Walaupun wujud kepelbagaian idea
                        negara merdeka, semuanya menjurus ke arah matlamat
                        yang sama, iaitu mempertahankan kedaulatan negara.

                                                                                                     173
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186