Page 205 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 205

Pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan di George Town, Pulau Pinang
                        pada tahun 1951. Pilihan Raya Perbandaran George  Town diadakan  untuk memilih
                        sembilan orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran George Town. Sebelum pilihan raya ini
                        diadakan, ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat.
                            Hari pendaftaran pemilih diadakan selama enam minggu mulai 17 Mei 1951 hingga
                        30 Jun 1951. Seramai 14 514 orang pengundi mendaftar untuk membuang undi dalam
                        pilihan raya ini.





                                                                Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
                                                                diadakan  pada Februari  1952. Pilihan  raya
                                                                ini diadakan untuk merebut 12 kerusi Majlis
                                                                Perbandaran  Kuala  Lumpur  bagi  kawasan
                                                                Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya.
                                                                    Dalam pilihan raya ini, UMNO bahagian
                                                                Kuala  Lumpur  dan  MCA  bahagian  Selangor
                                                                mula  mengadakan  kerjasama  dan bergabung.
                    Pada tahun 1954, pilihan raya peringkat     Gabungan pada peringkat  awal ini dikenali
                    negeri  diadakan.  Dalam  pilihan  raya     sebagai Perikatan.
                    ini, Perikatan UMNO-MCA telah                   Pilihan raya majlis perbandaran seterusnya
                    memenangi  226 kerusi daripada 268          diadakan pada peringkat bandar Johor Bahru,
                    kerusi negeri yang dipertandingkan.         Ipoh,  Alor Setar, Melaka dan Seremban.
                    Hal ini menunjukkan penerimaan              Kerjasama parti UMNO-MCA terus mendapat
                    masyarakat  terhadap  kerjasama  antara     kemenangan  pada kerusi majlis  perbandaran
                    kaum dalam  politik  negara  kita  pada     yang dipertandingkan.
                    masa itu.                                                                                   BAB














                        Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa            Sumber: Malaysia.  Arkib Negara Malaysia, 2007.   8
                                                                        Merintis  Denai  Demokrasi.  Kuala  Lumpur:  Arkib
                        pilihan raya pada peringkat awal berjaya        Negara Malaysia.
                        menyedarkan rakyat tentang amalan
                        demokrasi. Pilihan raya ini memberikan
                                                                               Berdasarkan poster SATURDAY
                        pengalaman kepada rakyat mengendalikan
                                                                               FORUM di atas, jelaskan harapan
                        pilihan raya pada peringkat Persekutuan.
                                                                               rakyat melalui pilihan raya ini.
                        Pilihan raya ini juga merupakan persediaan
                        ke arah berkerajaan sendiri.
                                                                               Mengapakah Pilihan Raya Majlis
                                                                               Perbandaran George Town dan
                                                                               Kuala Lumpur diadakan?

                                                                                                     197
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210