Page 201 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 201

Cakna dan Cerminan Sejarah



                   Nilai, Patriotisme dan Iktibar


                      •  Pemikiran tokoh berwibawa, berwawasan dan beraspirasi wajar dihayati dan dicontohi untuk
                         menyelesaikan permasalahan yang melanda masyarakat.
                      •  Pengamalan sikap kepimpinan berwibawa berupaya untuk mengukuhkan agenda pembinaan
                         negara dan bangsa.
                      •  Permuafakatan dan kerjasama kaum penting untuk mewujudkan keharmonian masyarakat
                         dan kestabilan negara.
                      •  Kemajuan pendidikan penting untuk melahirkan modal insan yang berupaya untuk
                         menyumbang kepada kesejahteraan negara.


                   Diri dan Keluarga
                   Sebagai ahli dalam  sebuah keluarga, sikap saling menghormati  dapat mengukuhkan institusi
                   keluarga dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.


                   Negara
                   Sikap toleransi dalam masyarakat berbilang kaum menjadi teras utama untuk menjamin kerukunan
                   dan keharmonian masyarakat yang dapat mengukuhkan peradaban bangsa dan negara.              7







                                                                                                                BAB

























                   Keharmonian hubungan masyarakat pelbagai kaum asas kepada perpaduan kebangsaan untuk mengukuhkan
                   kedaulatan negara.
                   Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd.


                                                                                                     193
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206