Page 224 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 224

9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan


                  Pihak Raja-raja Melayu serta para pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British mengadakan
                  beberapa  rundingan  dalam  usaha  merintis  jalan  ke arah  kemerdekaan.  Sementara  itu,  beberapa
                  perubahan di dalam dan di luar negara mempengaruhi usaha kemerdekaan negara kita.




                   Keadaan selepas Perang
                   Dunia Kedua menyaksikan
                   usaha membebaskan negara       Kerajaan British memberikan     Pilihan Raya Umum 1955
                   daripada penjajahan seperti    jaminan bahawa mereka akan      menjadi asas pembentukan
                   di Mesir, India, Burma dan     membantu Persekutuan Tanah      perlembagaan ke arah
                   Filipina. Rakyat bangkit       Melayu untuk berkerajaan        berkerajaan sendiri.
                   menentang penjajah dan         sendiri secepat mungkin.
                   mencapai kemerdekaan.








                         Kepentingan               Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu
                          rundingan                menjelaskan perlunya misi rundingan di London bagi
                     kemerdekaan antara            membincangkan hal keselamatan, hubungan British-Tanah
                        wakil Raja-raja            Melayu dan soal berkaitan dengan perlembagaan negara
                     Melayu dengan wakil           yang akan merdeka.
                        Parti Perikatan
                                              Ketika ini, wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan
                                              mendapat  sokongan segenap kaum tanpa  mengira  ideologi  parti
                                              politik. Antara pihak yang menyokong perundingan ini termasuklah
                                              E.E.C.  Thuraisingham,  wakil orang Ceylon. Ketua Parti Rakyat,
                                              iaitu Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti
                                              Buruh dan wakil kaum Serani turut menyokong perundingan ini.
                                              Ahmad Boestamam menyeru agar rakyat menyokong usaha
             9                                rombongan ke London ini.
                             Wakil Raja-raja Melayu                      Wakil Parti Perikatan
            BAB    Menteri Besar Perak:                        Tunku Abdul Rahman

                   Dato’ Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato’ Haji Wahab
                   Abd Aziz
                   Menteri Besar Selangor:                     Dato’ Abdul Razak Hussein
                   Encik Abdul Aziz Abdul Majid
                   Menteri Besar Johor:                        H.S. Lee
                   Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
                   Menteri Besar Kelantan:                     Dr. Ismail Abdul Rahman
                   Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
                  Sumber: Ibrahim Mahmood, 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

                    216
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229