Page 228 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 228

9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


                  Berikutan persetujuan di London, maka pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja
                  Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan  Suruhanjaya Perlembagaan  Persekutuan
                  Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini memulakan  tugasnya pada akhir bulan
                  Jun 1956.
                      Antara tugas suruhanjaya ini termasuklah membincangkan, menyusun dan merangka
                  Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan
                  Persekutuan Tanah Melayu dalam menjalankan peranannya adalah seperti yang berikut:


                 1                                              2

                                                                    Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan
                     Memeriksa aturan perlembagaan yang
                                                                    Persekutuan  sebagai unit  tunggal,  bebas
                     wujud di seluruh Tanah Melayu, mengambil
                                                                    dan  berkerajaan  sendiri  dalam lingkungan
                     kira kedudukan dan martabat Ratu England
                                                                    Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen
                     dan Raja-raja Melayu.
                                                                    dengan dua Dewan Perundangan.
                 3                                             4


                     Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat              Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu
                     dengan kerajaan negeri juga mempunyai            sebagai Raja Berperlembagaan di negeri
                     autonomi tertentu.                               masing-masing.




                                                                5

                                                                     Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara,
                                                                     iaitu  Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya
                                                                     dikenali  sebagai  Yang di-Pertuan  Agong)
                                                                     untuk Persekutuan Tanah Melayu.



             9    Dengan menggunakan peta  pemikiran yang sesuai,
                  bina Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan   6
            BAB   Persekutuan Tanah Melayu dan peranannya.           Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan


                                                                     bagi Persekutuan Tanah Melayu.



                  Anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan
                  yang dilantik ini berkongsi latar belakang pengajian   7
                  dalam bidang undang-undang dan berpengalaman
                  dalam sistem Perundangan Komanwel yang sama.
                                                                     Menjaga kedudukan istimewa orang
                                                                     Melayu dan kepentingan sah kaum lain.


                    220
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233