Page 239 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 239

Nilai, Patriotisme dan Iktibar

                      •  Permuafakatan pemimpin dalam usaha menjayakan misi negara demi kesejahteraan rakyat
                         dan negara.
                      •  Kesungguhan pemimpin dan rakyat daripada pelbagai kaum bertolak ansur untuk
                         membentuk masa depan negara yang gemilang.
                      •  Kita hendaklah meneladani sikap pemimpin yang berusaha untuk merangka masa depan
                         negara dengan mengambil kira setiap aspek tuntutan rakyat agar negara kekal aman
                         dan makmur.

                    Diri dan Keluarga
                    Sewajarnya, kita meneruskan sikap bertolak ansur dan saling menghormati serta menyayangi antara
                    satu sama lain agar negara kekal sejahtera.

                    Negara
                    Tanggungjawab menggemilangkan negara yang telah dicorakkan oleh pemimpin dahulu dan masa
                    ini terletak pada bahu setiap warganegara Malaysia.























                                                                                                                BAB











                    Ahli Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang bekerjasama untuk menggemilangkan negara kita.     9
                    Sumber: Malaysia. Jabatan Warisan Negara, 2007. Merdeka Obor Satu Perjuangan. Kuala Lumpur: Jabatan Warisan Negara.




                                                                                                     231
   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244