Page 242 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 242

10.1  Pengertian Kemerdekaan

                  Kemerdekaan negara pada 31 Ogos  1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah merupakan
                  peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang
                  cengkaman  kuasa  asing.  Merdeka  juga  bererti  bebas  menentukan  pemerintahan  dan  hala  tuju
                  negara. Kemerdekaan yang diperjuangkan merupakan rentetan perjuangan yang panjang. Banyak
                  takrif merdeka yang boleh diteliti dan diambil iktibar supaya generasi kini dan akan datang terus
                  menjiwai dan mempertahankan kemerdekaan.
                      Takrif  kemerdekaan  menurut  Kamus Dewan ialah  bebas daripada  penjajahan,  kurungan
                  atau naungan. Negara yang merdeka  juga bermakna negara yang berdaulat,  iaitu  mempunyai
                  kuasa tertinggi. Beberapa tokoh telah memberikan  takrif kemerdekaan, antaranya termasuklah
                  Sayyid Jamal  al-Din al-Afghani, Rashid Rida, Mahatma Gandhi, Nelson Mandela,  Soekarno,
                  Tunku  Abdul Rahman,  Tun  Temenggong Jugah anak Barieng,  Tun Fuad Stephens dan
                  Tun Dr. Mahathir Mohamad.
                             Menurut  Sayyid  Jamal  al-Din  al-Afghani,  perjuangan  bagi  menghadapi  penjajah  hendaklah
                             disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah).
                             Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu
                             padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara.
                             Sumber: Azman Md Zain dan Mahyuddin Abu Bakar. “Pemikiran Politik Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Mengenai
                             Konsep Pembinaan Peradaban Ummah & Respons Masyarakat Terhadapnya” dlm. MALIM: Jurnal Pengajian Umum
                             Asia Tenggara, 8, 2007.



                                          Menurut Rashid Rida, kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk
                                          membebaskan  diri daripada  penjajah  Barat. Baginya, kedaulatan sesebuah
                                          negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan
                                          ikatan perkauman.
                                          Sumber:  Siti  Nurul  Izza  Hashim  dan  Ermy Azziaty  Rozali, “The Struggle of Rashid Rida in
                                          Pan-Islamism Movement” dlm. International Journal of West Asian Studies: Jurnal Antarabangsa
                                          Kajian Asia Barat, 5 (1), 2013.


                                                                Mahatma Gandhi mengatakan bahawa kemerdekaan
                                                                perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral.
                                                                Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya,
                  Sayyid Jamal al-Din al-Afghani                walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup
                  dan  Rashid  Rida  merupakan                  dalam harmoni.
                  tokoh  gerakan  Pan-Islamisme                 Sumber: The Mind of Mahatma Gandhi, 1969 dlm. https://www.
                  di Mesir.                                     gandhiheritageportal.org. Dicapai pada 2 Ogos 2019.

                  Mahatma Gandhi, tokoh pejuang
             10   kemerdekaan India. Beliau juga
                  memperjuangkan pembebasan                  Nelson Mandela berpendapat bahawa kebebasan bukan
            BAB   rakyat  India  daripada  belenggu          hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan
                  kemiskinan dan penindasan kasta.
                                                             atau warna kulit, tetapi  satu pertempuran  terhadap
                  Nelson Rolihlahla Mandela ialah            sebuah sistem yang menindas.  Kebebasan boleh
                  tokoh pejuang kemanusiaan yang             dicapai  melalui  politik,  bebas daripada  perhambaan,
                  membebaskan  rakyat Afrika                 kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah
                                                             bersatu dalam satu negara menuju masa depan.
                  daripada penindasan dasar aparteid
                  di Afrika Selatan.                         Sumber:  Nelson  Mandela,  1994.  Long  Walk  to  Freedom.
                                                             Diterjemahkan oleh Alina Abdullah. Selangor: IBDE Ilham Sdn. Bhd.
                    234
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247