Page 30 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 30

2.1  Maksud Nasionalisme

                  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme
                  boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan
                  dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu,
             2
                  nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada
                  penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea
            BAB   tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama,
                  bahasa dan adat resam.
                  Pendapat Tokoh

                  Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran berkaitan dengan nasionalisme
                  mengikut pandangan mereka.






                                              Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan
                                              seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.
                                              Hans Kohn, 1961. The Idea of Nationalism. New York: Macmillan Pub. Co.


                             Hans Kohn






                                                    Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran
                                                    dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang
                                                    Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap
                                                    hak  kepentingan  orang  Melayu  serta  faktor  ekonomi.
                                                    Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat
                                                    terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda
                                                    Tanah Melayu.
                                                    William R. Roff, 1967. The Origins of Malay Nationalism. New Haven:
                                                    Yale University Press.
                           Profesor William R. Roff







                                              Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat,
                                              boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat
                                              kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.
                                              Anuar  Abdullah,  2004.  Biografi  Dato’  Onn  Hidup  Melayu.  Bangi:  Penerbit
                                              Universiti Kebangsaan Malaysia.

                          Dato’ Onn Jaafar



                    22
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35