Page 32 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 32
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang
menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Contoh nasionalisme
antiraja ialah Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Selain itu, idea nasionalisme
2
juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa
asing seperti Revolusi Amerika.
BAB
England
Perancis
Amerika
John Locke, ahli falsafah Inggeris.
Sumber: Khasnor Johan, et al., 1996.
Sejarah Peradaban Dunia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pemikiran John Locke
Selepas penggubalan Bill
of Rights, John Locke telah
menghasilkan karya Two
Treatises of Government yang
mempopularkan prinsip raja
berperlembagaan. John Locke
menolak konsep pemerintahan Revolusi Keagungan (1688)
raja berkuasa mutlak dan
menegaskan bahawa kerajaan Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku
patut diasaskan pada suatu disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan
persetujuan antara pemerintah hak asasi rakyat.
dengan rakyat. Undang-undang Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan Raja James II
perlu digubal bagi memenuhi membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang. Ahli
hak asasi manusia.
parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak
dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange
dari Belanda. Menyedari sokongan yang semakin berkurangan,
Raja James II melarikan diri ke Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana
peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.
Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange, konsep
kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan.
Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen
menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
Revolusi Keagungan di England.
Sumber: https://www.alamy.com.
Dicapai pada 2 September 2019.
24
24

