Page 97 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 97

1.   Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
                        Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut?
                        A.   Pearl Harbour diserang
                        B.  Wilayah Jerman diceroboh
                        C.  Perancis bersekutu dengan Rusia
                        D.  Bakal raja Austria-Hungary dibunuh                                                  BAB

                    2.   Bagaimanakah  tokoh  yang  berikut  mengembalikan  maruah  bangsa  dan  negaranya  selepas   3
                        Perang Dunia Pertama?

                         Pemimpin              Negara
                         Benito Mussolini      Itali
                         Adolf Hitler          Jerman
                        A.   Mengadakan referendum
                        B.   Memulihkan sistem monarki
                        C.   Mengukuhkan angkatan tentera
                        D.  Membangunkan industri baharu

                    3.   Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
                        Apakah tindakan kuasa Barat untuk menamatkan kemaraan Jepun?
                        A.  Menaja kegiatan subversif
                        B.  Melakukan serangan bom atom
                        C.  Membentuk pertubuhan serantau
                        D.   Mengisytiharkan dasar bumi hangus

                    4.   Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.
                           •   Semangat Asia
                           •   Asia untuk orang Asia
                           •   Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya


                        Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?
                        A.   Meluaskan kuasa
                        B.   Menyatukan wilayah
                        C.   Menyebarkan ideologi
                        D.   Menamatkan penjajahan

                    5.   Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942–1945.
                        Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?
                        A.   Melahirkan tenaga mahir
                        B.   Mengimport bahan makanan
                        C.   Menghentikan perdagangan antarabangsa
                        D.   Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan

                                                                                                     89
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102