Page 92 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 92

Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

                  Kelewatan  pendaratan  semula  tentera  British  menyebabkan  wujud  kekosongan  kuasa  politik.
                  Kesempatan  ini  digunakan  oleh  Bintang  Tiga  PKM  melalui  MPAJA  untuk  mengambil  alih
                  penguasaan di Tanah Melayu. Bintang Tiga menganggap kekalahan tentera Jepun sebagai lambang
                  keunggulan,  kekuatan  dan  keberanian  mereka  menentang  pendudukan  Jepun.  Parti  Komunis
                  Malaya melalui Bintang Tiga telah menguasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan
                  yang ditinggalkan oleh tentera Jepun.
                      Bintang Tiga menjalankan undang-undang sendiri dan menggunakan sebuah mahkamah yang
             3    dikendalikan oleh komunis untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang bekerjasama
                  dengan Jepun, terutama orang Melayu. Tindakan Bintang Tiga menyeksa dan membunuh anggota
                  polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu dianggap perbuatan melampau dan
            BAB   mencabar kesabaran orang Melayu. Selama lebih kurang 14 hari Tanah Melayu berada di bawah

                  penguasaan Bintang Tiga.

                  Tindak Balas Orang Melayu

                  Orang Melayu bersatu apabila Bintang Tiga mengancam institusi politik, kekeluargaan dan agama
                  Islam. Gangguan Bintang Tiga dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan orang
                       Melayu membentuk Gerakan Fi-Sabilillah yang bertujuan mempertahankan maruah
                             bangsa,  hak  dan  harta  serta  kelangsungan  hidup  orang  Melayu.  Kepimpinan  ulama
                               tempatan  memberikan  inspirasi  kepada  masyarakat  Melayu  berhadapan  dengan
                                 kezaliman Bintang Tiga.
                                     Di  Johor,  Haji  Salleh  Abdul  Karim  atau  dikenali  sebagai  Kiai  Salleh
                                  mempelopori penentangan terhadap Bintang Tiga dengan menubuhkan pasukan
                                   Tentera Selempang Merah. Di Sungai Manik, Perak, Tuan Haji Bakri Haji Mohd
                                   Saman menjadi Khalifah Parang Panjang dalam usaha mempertahankan orang
                                   Melayu daripada ancaman Bintang Tiga. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan
                                  negara kita berada dalam suasana tidak aman.


                                                              Jadual 3.1  Lokasi  kebangkitan  orang  Melayu
                                Kiai Salleh
                                                              menentang Bintang Tiga.
                                                               Negeri          Lokasi
                                                               Johor           Batu Pahat (Ayer Hitam,
                                                                               Senggarang dan Rengit)
                                                                               Muar
                  Teluk Intan dahulunya dikenali sebagai Teluk
                  Anson. Nama asalnya ialah Teluk Mak Intan.   Negeri Sembilan  Batu Kikir (Padang Lebar)
                  Pada  tahun  1882,  namanya  telah  ditukar   Melaka         Alor Gajah
                  kepada Teluk Anson bersempena dengan nama    Perak           Sungai Manik
                  Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak.                 Teluk Anson
                  Pada 1 Januari 1982, namanya ditukar kepada                  Kampung Gajah
                  Teluk Intan.                                                 Bidor
                                                                               Kuala Kangsar
                                                               Pahang          Temerloh
                         Apakah yang akan terjadi sekiranya                    Raub
                         keharmonian kaum di negara kita       Kedah           Baling
                         tidak dipelihara?
                                                              Sumber: Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows, 2006. The Malayan
                                                              Emergency Revisited 1948–1960. Kuala Lumpur: AMR Holding
                                                              Sdn. Bhd.
                    84
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97