Page 7 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 7

Tajuk 12: Pencapaian dan Kebanggaan Negara
                    Tajuk ini menjelaskan pencapaian dan kebanggaan negara dalam pelbagai
                    bidang yang meliputi pemimpin negara, kemajuan ekonomi, pencapaian sukan,
                    dan  pelibatan  Malaysia  dalam  pertubuhan  antarabangsa.  Melalui  peranan
                    pemimpin dan kerjasama rakyat dalam merealisasikan pencapaian ini akan
                    mendorong murid untuk lebih menghargai jasa pemimpin dan menanamkan
                    perasaan hormat-menghormati dalam pelbagai kaum. Murid juga didedahkan
                    dengan pelibatan negara pada peringkat antarabangsa dan kepentingannya
                    kepada negara kita. Memahami dan menghayati topik ini dapat menimbulkan
                    semangat patriotik dan kewarganegaraan yang kental dalam kalangan murid
                    pada peringkat sekolah.

                    Tiga tajuk dalam buku teks Sejarah Tahun 6 SK ini dibahagikan kepada 10 unit yang
                    dapat berdiri sendiri sebagai satu modul. Setiap unit dalam buku ini dibincangkan
                    mengikut  Standard  Pembelajaran  yang  terdapat  dalam  Dokumen  Standard
                    Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6. Pada akhir halaman buku teks ini, senarai
                    rujukan yang digunakan dalam penulisan dipaparkan bagi memudahkan guru
                    membuat rujukan.


                    Bagi memudahkan guru dan murid menggunakan buku ini, beberapa ikon digunakan.



                        Sinopsis                                   Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

                         Gambaran umum tentang                      Murid boleh menganalisis secara kritis dan
                         pembelajaran dalam                         analitis terhadap sumber dan peristiwa
                         sesuatu unit.                     akps     sejarah dengan mengaplikasikan Asas
                                                                    Kemahiran Pemikiran Sejarah, iaitu
                                                                    elemen asas sejarah, konsep masa,
                       Apakah yang akan anda pelajari?              susunan dan kronologi masa, bukti
                                                                    signifikan, imaginasi dan empati, isu dan
                         Menyatakan kandungan pembelajaran          masalah masa lalu, perbandingan masa
                         yang perlu dikuasai oleh murid.            lalu dan mencari sumber.


                                                                   KBAT
                          Nilai Teras Sivik
                                                                    Soalan berbentuk aras tinggi diberikan
                          Elemen utama nilai-nilai murni            untuk merangsang pemikiran murid
                          yang diterapkan kepada murid.             tentang peristiwa sejarah yang berlaku.

                                                                    Memupuk minat dan mencintai sejarah
                                                                    khazanah negara melalui pembelajaran
                                                                    di institusi muzium.


                                                                                                        v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12