Page 8 - REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 8

Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
              merupakan pelengkap kepada buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4
              Sekolah Kebangsaan dan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 Sekolah
              Kebangsaan. Kandungan buku teks ini ditulis berpandukan Dokumen
              Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi
              Tahun 6 bagi mencapai matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
              (Semakan 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia serta menyokong hasrat
              Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


                  Kandungan buku ini bertujuan memberikan panduan kepada murid
              dengan menghasilkan produk elektromekanikal dan memperkenalkan
              asas  sistem  robotik.  Unit  terakhir  pula  murid  ditunjuk  ajar  untuk
              membangunkan produk berdasarkan bidang-bidang ilmu di Tahun 4,
              Tahun 5 dan Tahun 6.


                  Setiap unit mengandungi halaman rangsangan dan diikuti dengan
              isi pembelajaran, rumusan dan soalan latihan. Di samping itu, terdapat
              penyendal seperti Wadah Ilmu, Tahukah Kamu?, Jejak TMK, Medan Aktiviti,
              KBAT, Imbas Saya, PAK-21 dan STEM untuk membangkitkan rasa ingin
              tahu, meningkatkan cara berfikir kritis dan kreatif dan menggalakkan kerja
              berkumpulan.


                  Penghasilan produk reka bentuk yang ditunjukkan dalam buku ini
              hanyalah sebagai panduan dan rujukan. Murid digalakkan menghasilkan
              produk menggunakan idea dan kreativiti sendiri dengan mengolah bahan
              atau aktiviti mengikut kesesuaian persekitaran mereka.


                  Akhir sekali, kandungan buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

              Sekolah Kebangsaan ini diharapkan dapat melahirkan murid yang
              membudayakan pemikiran kritis, kreatif dan inventif serta berinovatif bagi
              menghasilkan produk baharu dan seterusnya mampu menjadi pereka
              bentuk yang kompetitif dan bersedia menyahut cabaran sebagaimana yang
              dihasratkan oleh negara.




          vi
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13