Page 124 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 124

Hubungan antara Kelajuan, Jarak dan Masa



          Lajunya! Bagaimanakah saya dapat
          melengkapkan trek ini dalam masa yang
          paling singkat?


                                             Saya pasti menang
                                             jika saya dapat
                                             bergerak paling laju.











           Kereta lumba perlu sampai ke garisan penamat dalam masa yang paling
           singkat bagi memenangi sesebuah perlumbaan. Bagaimanakah kelajuan suatu
           objek seperti kereta lumba mempengaruhi jarak dan masa pergerakannya?



                        Dalam jarak yang telah ditetapkan, kereta yang mengambil
                        masa lebih singkat untuk tiba di garisan penamat adalah lebih laju.

                                      mengambil masa 20 saat          mengambil masa 17 saat
                                      untuk tiba di garisan penamat   untuk tiba di garisan penamat
                  garisan permulaan                                                    garisan penamat







                                 Dalam masa yang telah ditetapkan, kereta yang
                                 dapat bergerak lebih jauh adalah lebih laju.

                                      jarak 5 m

             garisan permulaan  selepas 10 saat                                   garisan penamat




                       jarak 4 m

           Oleh itu, objek yang bergerak lebih laju akan mengambil masa yang lebih singkat
           untuk bergerak dalam jarak yang telah ditetapkan. Objek yang bergerak lebih laju
           akan bergerak pada jarak yang lebih jauh dalam masa yang telah ditetapkan.



      116         7.1.2
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129