Page 127 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 127

Mengira Kelajuan, Jarak dan Masa

             Kelajuan boleh dikira berdasarkan jarak yang dilalui oleh suatu objek
             dalam masa yang telah ditetapkan.
                  Kelajuan dapat dikira dengan                             Jarak
                  membahagi jarak yang dilalui               Kelajuan =
                  dengan masa yang diambil.                                 Masa

             Seorang pemuda sedang menunggang skuter elektrik di atas jalan
             dari kedudukan A ke kedudukan C. Masa dan jarak yang dilalui di setiap
             kedudukan telah direkodkan. Tahukah kamu berapakah kelajuannya?

             Kedudukan A                                              Jarak yang dilalui = 2 m
                                                                      Masa yang diambil = 1 s









                         2 m


             Kedudukan B                                             Jarak yang dilalui = 4 m
                                                                     Masa yang diambil = 2 s









                                     4 m


              Kedudukan C                     Jarak yang dilalui = 6 m
                                              Masa yang diambil = 3 s









                                                 6 m


                       Kelajuan pemuda tersebut pada setiap kedudukan ialah 2 m/s.

                           Betul, Alia. Dalam masa setiap satu saat, jarak
                           yang dilalui oleh skuter elektrik pada kedudukan A,
                           kedudukan B dan kedudukan C adalah sama,
                           iaitu 2 m. Oleh itu, kelajuan pada setiap kedudukan
                7.1.3      adalah sama, iaitu 2 m/s.                                                 119
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132