Page 149 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 149
Makanan mudah untuk disimpan
Ayah, sungguh
banyak makanan Jangan bimbang.
yang kita beli. Adakah Makanan di dalam
kita mempunyai tin mudah untuk
ruang penyimpanan disusun di dalam
makanan yang cukup? ruang penyimpanan
makanan kita.
Makanan di dalam tin dan botol tidak
memerlukan ruang penyimpanan
yang besar.
Makanan yang diawetkan secara pengetinan dan pembotolan dapat
memudahkan penyimpanan dan menjimatkan ruang.
Pembekalan makanan di luar musim
Jem rambutan ini
saya buat sendiri.
Saya awetkan buah
rambutan pada musim
buah tahun lalu.
Buah-buahan bermusim seperti durian,
rambutan dan manggis boleh diawet.
Makanan bermusim boleh diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengawetan supaya dapat dinikmati sepanjang tahun.
Makanan mudah untuk dieksport
Produk santan
kelapa telah
siap untuk
dieksport.
Makanan yang dihasilkan oleh Malaysia
Baiklah. Tolong hantar boleh dinikmati di negara lain.
ke kapal dengan segeranya.
Teknologi pengawetan makanan membolehkan makanan dihantar ke tempat
yang jauh untuk dieksport ke luar negara.
141

