Page 229 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 229

AKTIVITI RIA
                     MARI UJI
                     EKSPERIMEN
                     INFO SAINS
                     SANTAI SAINS
                     IMBAS KEMBALI

             1.  Teknologi merupakan aplikasi pengetahuan sains untuk mengatasi had
                keupayaan manusia.
                     ASAH MINDA
             2.  Pelbagai alat dicipta untuk mengatasi had keupayaan manusia. Contohnya
                adalah seperti yang berikut:

                              Had keupayaan manusia                         Alat yang dicipta

                 • tidak boleh melihat objek yang sangat seni          • mikroskop

                 • tidak boleh melihat objek yang sangat jauh          • teleskop
                                                                       • mikrofon dan
                 • tidak boleh bercakap dengan suara yang kuat
                                                                          pembesar suara
                 • tidak boleh mendengar bunyi yang sangat             • stetoskop
                    perlahan

                 • tidak boleh berkomunikasi dalam jarak yang jauh • telefon dan telefon bimbit
                 • tidak boleh bergerak dengan cepatnya ke tempat • kenderaan darat, air
                    yang jauh                                             dan udara
            3.  Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang seperti pertanian,
                perubatan, pengangkutan, komunikasi dan pembinaan bertujuan
                untuk menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mudah.
            4.  Teknologi mempunyai kebaikan dan keburukan seperti yang berikut:

                           Kebaikan teknologi                      Keburukan teknologi
               8.2.6                                      • Jangka hayat bateri dron adalah
                 • Penggunaan dron dalam bidang
               8.2.7
                     pertanian dapat membantu manusia      terhad dan pelupusannya dapat
                     menjimatkan masa dan tenaga.             mengakibatkan pencemaran kepada
                                                              alam sekitar.

                  • Penghasilan ubat-ubatan dapat          • Ubat-ubatan yang disalahgunakan
                     membantu manusia merawat                 dapat menyebabkan ketagihan.
                     penyakit dan meningkatkan kualiti
                     kesihatan.
                                                           • Flora dan fauna akan musnah akibat
                 • Kawasan berbukit dapat diteroka
                    dan rumah dapat dibina.                   aktiviti penebangan hutan untuk
                                                              tujuan pembinaan infrastruktur.

                  • Perkongsian maklumat yang berlaku   • Data peribadi mudah diceroboh dan
                     secara pantas dan tanpa                  disalahgunakan oleh pihak yang
                     batas dapat menjimatkan masa.            tidak bertanggungjawab.
                 • Pertambahan kenderaan berenjin          • Pembebasan gas berbahaya
                    memudahkan pergerakan dari satu           menyumbang kepada pencemaran
                    tempat ke satu tempat yang lain.          udara.

                                                                                                     221
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234