Page 47 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 47

Aktiviti 3: Mikroorganisma Bertumbuh


             Tujuan: Membuktikan pertumbuhan mikroorganisma

                           Adakah berlakunya pertumbuhan pada mikroorganisma?

             Alat dan bahan: beg plastik berzip, kanta pembesar, penyembur air,
             sekeping roti, air
                                                       Elakkan menyentuh kulapuk roti
                                                       dengan menggunakan tangan.
             Langkah-langkah:

             1.                                          2.














               Semburkan sedikit air pada kedua-dua         Masukkan roti ke dalam beg plastik
               permukaan roti.                              berzip. Keluarkan sedikit udara dari
                                                            beg dan zipkan beg dengan kemas.

             3.                                          4.














               Letakkan beg berisi roti di tempat           Perhatikan permukaan roti mulai hari
               gelap. Contohnya di dalam almari             kelima hingga hari ketujuh. Perhatikan
               atau di dalam laci.                          saiz kulapuk roti.

            Soalan:
            1.  Apakah yang dapat diperhatikan pada permukaan roti?
            2.  Bagaimanakah perubahan saiz kulapuk dari hari kelima hingga hari ketujuh?
            3.  Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini?



                 3.1.3                                                                               39
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52