Page 53 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 53

Penghasilan ubat-ubatan

             Sesetengah fungi                            Sesetengah fungi,
             digunakan untuk                             bakteria dan virus
             menghasilkan                                digunakan
             penisilin, iaitu                            dalam penghasilan
             sejenis antibiotik                          vaksin yang
             yang menghalang                             merangsang
             pertumbuhan                                 penghasilan antibodi bagi melawan
             bakteria berbahaya.                         virus berbahaya.


             Penghasilan baja organik              Perawatan sisa kumbahan

             Tinja haiwan                          Bakteria
             yang digaulkan                        membantu
             dengan serbuk                         proses pereputan
             kayu akan                             tinja dengan
             diuraikan oleh                        menguraikan
             bakteria untuk                        sisa organik yang
             dijadikan baja                        terdapat di dalam
             organik.                              loji kumbahan.

             Keburukan Mikroorganisma



             Tindakan mikroorganisma juga               Bagaimanakah tindakan
             memberikan kesan keburukan.                mikroorganisma memberikan
                                                        kesan buruk kepada kita?


             Merosakkan makanan                            Mereputkan gigi

             Fungi yang tumbuh pada                        Bakteria pada mulut menghasilkan
             makanan menyebabkan                           asid daripada gula dan sisa
             makanan menjadi rosak.                        makanan. Asid yang dihasilkan
                                                           mereputkan gigi.
















                 3.1.5                                                                               45
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58