Page 120 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 120
Sejarah Jata Negara
1948
Jata Negara diperkenankan oleh raja-raja Melayu
dan menjadi kemegahan seluruh rakyat Malaysia.
Jata Negara melalui beberapa perubahan dari
semasa ke semasa.
1
Seronoknya kamu
dapat menyertai lawatan 2 Memang seronok, Stephanie. Seperti yang diterangkan dalam
ke Putrajaya. Saya dengar buku ini, Jata Negara diperkenalkan pada tahun 1948 dengan
pada bangunan kerajaan memaparkan lambang lima bilah keris, lambang Pulau
terdapat banyak Pinang, Melaka serta empat warna di dalam petak, iaitu putih,
lambang Jata Negara. merah, hitam dan kuning pada sebuah perisai yang disokong
Bagaimanakah oleh dua ekor harimau. Di atas perisai tersebut, terdapat
sejarah Jata Negara?
lambang bintang pecah 11 serta bulan sabit berwarna kuning.
Di bawah perisai terdapat cogan kata “Bersekutu Bertambah
Mutu” yang ditulis dalam tulisan Jawi dan bahasa Inggeris.
Glosari
Bersekutu: Bersatu antara satu
dengan yang lain supaya
menjadi lebih kuat.
Realistik: Menunjukkan keadaan
S aiz sebenar
Saiz sebenar
yang sebenarnya.
112
112

