Page 124 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 124

Bersekutu Bertambah Mutu

                    Cogan kata pada Jata Negara ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.
                    “Bersekutu Bertambah Mutu” membawa maksud yang penting kepada
                    seluruh rakyat Malaysia. Cogan kata ini menyeru seluruh warganegara
                    untuk bermuafakat dan bekerjasama bagi melahirkan negara yang
                    sejahtera dan gemilang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghayati

                    serta mengamalkan cogan kata Jata Negara.




                          AKTIVITI






















                    Gambar menunjukkan cogan kata pada Jata Negara.

                    Secara berkumpulan, kaji cogan kata tersebut.

                    1.    Dengan merujuk pelbagai sumber, kumpulkan maklumat berkenaan
                          dengan kepentingan menghayati dan mengamalkan cogan kata pada
                          Jata Negara.

                    2.   Catatkan dapatan maklumat secara kreatif di atas kertas atau
                          menggunakan multimedia.

                    3.   Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda.



                       Lambang dan makna pada Jata Negara perlulah difahami agar
                    kita dapat menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan

                    harian. Penghayatan cogan kata pada Jata Negara mengukuhkan lagi
                    keharmonian dalam masyarakat.
             Saiz sebenar
                                                                                                     9.1.3
                   116                                                                              K9.1.6
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129