Page 155 - Geografi_Tingkatan_4
P. 155
10.5.2 Pemuliharaan Kawasan Pinggir Pantai
Pemuliharaan pinggir pantai ialah usaha-usaha membaik pulih kawasan pinggir pantai yang telah
mengalami gangguan. Beberapa langkah perlu diusahakan seperti:
Penanaman pokok bakau
● Penanaman semula pokok bakau dapat mengurangkan hakisan.
● Akar pokok bakau berperanan menahan kawasan pinggir pantai daripada hakisan ombak
terutama semasa damparan ombak. Semasa basuhan balik ombak, akar bakau akan
memerangkap bahan atau sedimen.
● Kesannya hakisan akan dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.
● Contoh program penanaman pokok bakau di Kampung Sungai Tiram, Lumut (Perak).
Benteng pemecah ombak
● Benteng pemecah ombak dibina beberapa meter
dari pesisir pantai.
● Benteng ini bertujuan memecahkan ombak yang
menghempas pinggir pantai terutamanya ombak
jenis pembina.
● Ombak pembinasa pula akan pecah apabila terkena
benteng ini justeru dapat mengurangkan kelajuan
dan kuasa menghakis.
● Contoh benteng pemecah ombak dibina di Pantai Benteng pemecah ombak Pantai Tok Jembal
Tok Jembal, Kuala Terengganu (Terengganu). di Kuala Terengganu (Terengganu).
Tembok
● Tembok biasanya dibina di bahagian tebing pantai.
● Bahan yang digunakan seperti simen dan konkrit serta timbunan batuan.
● Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.
● Contoh pembinaan tembok konkrit di Pantai Kampung Tekek, Pulau Tioman (Pahang).
Guni pasir
● Guni pasir merupakan kaedah bersifat sementara bagi
mengurangkan hakisan.
● Pasir-pasir dimasukkan ke dalam guni dan disusun di pantai.
● Contoh guni pasir yang terdapat di Pantai Kundur,
Kota Bharu (Kelantan).
Guni pasir digunakan untuk menahan
hakisan ombak di tepi pantai.
10D
1. Bezakan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan
kawasan pinggir pantai.
Kita mestilah memelihara kawasan pinggir pantai 2. Bina jadual yang membezakan usaha pemeliharaan
untuk generasi akan datang. dan pemuliharaan pinggir pantai.
144
144

