Page 154 - Geografi_Tingkatan_4
P. 154
10.5 USAHA-USAHA PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN DI KAWASAN PINGGIR PANTAI
Aktiviti pembangunan perlu disusuli dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di zon pinggir
pantai supaya dapat mengekalkan keadaan asal kawasan pinggir pantai.
10.5.1 Pemeliharaan Kawasan Pinggir Pantai
Pemeliharaan pinggir pantai ialah usaha-usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus
kawasan pinggir pantai agar tidak musnah.
Penguatkuasaan undang-undang Pendidikan alam sekitar
● Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar ● Pendidikan alam sekitar secara formal
perlu dijalankan bagi memelihara kawasan boleh diberikan kepada murid menerusi
pinggir pantai. mata pelajaran Geografi di sekolah.
● Mengikut seksyen 2 Akta Perhutanan Negara ● Pendidikan tidak formal pula boleh
1984 lesen diperlukan bagi mengeluarkan diberikan kepada masyarakat menerusi
hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal kelab-kelab yang ditubuhkan seperti
atau Tanah Kerajaan. Kelab Alam Sekitar.
Papan tanda larangan menceroboh kawasan
Hutan Simpan Kekal. Kempen kesedaran penanaman pokok bakau.
Kempen kesedaran alam sekitar
● Kempen kesedaran alam sekitar dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan
bukan kerajaan (NGO).
● Contoh Jabatan Alam Sekitar negeri
Pahang telah mengadakan ʻProgram
Kempen Kesedaran Penanaman
Pokok Bakau dan Spesies-spesies
Yang Sesuai di Persisiran Pantai
Hijrah Cherok Paloh,
Kuantan (Pahang)ʼ. Pendidikan tentang alam sekitar melalui Kelab Alam Sekitar.
143
143

