Page 176 - Geografi_Tingkatan_4
P. 176

12.3          FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
                         PERTUMBUHAN PENDUDUK

             Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk seperti berikut:

                          Perkahwinan                                 Taraf Kesihatan
             ●  Amalan perkahwinan pada usia muda         ●  Tahap kesihatan penduduk yang
               seperti yang berlaku di Afrika               semakin meningkat menggalakkan
               meningkatkan kadar kelahiran                 pertumbuhan penduduk.
               kerana kadar kesuburan wanita              ●  Prasarana seperti klinik dan hospital yang
               pada usia muda adalah tinggi.                mencukupi dan sistem perubatan moden
             ●  Kadar kelahiran pula menurun apabila        dan terkini dapat mengurangkan risiko
               wanita berkahwin pada usia yang lewat        kematian bayi dan golongan tua.
                kerana kadar kesuburan berkurang.         ●  Amalan pemakanan seimbang dan
             ●  Contoh Jepun dan Britain.                   berkhasiat serta penjagaan kesihatan yang
                                                            baik meningkatkan jangka hayat penduduk
                        Taraf pendidikan                    dan mengurangkan kadar kematian.
                                                          ●  Contoh Asia Tenggara pertumbuhan
             ●  Penduduk di kawasan pedalaman yang          penduduk meningkat disebabkan oleh
                mempunyai taraf pendidikan yang rendah      tahap kesihatan penduduk yang
                sukar untuk menerima dan memahami idea      semakin baik.
                baharu seperti program perancang keluarga.
             ●  Contoh penduduk di pedalaman Indonesia,              Kestabilan politik
                Kemboja dan Vietnam mempunyai
               bilangan anak yang ramai dan saiz          ●  Kestabilan politik dalam jangka masa yang
               keluarga yang besar.                         panjang membolehkan ekonomi sesebuah
                                                            negara meningkat dan jumlah penduduk
                   Amalan adat dan status quo               juga bertambah.
                                                          ●  Contoh rakyat Bangladesh berhijrah ke
             ●  Amalan adat dan satus quo yang dipegang     negara yang mempunyai ekonomi dan
                oleh sesetengah masyarakat akan             politik yang stabil seperti Malaysia
                mempengaruhi pertumbuhan penduduk.          dan Australia.
             ●  Trend bagi negara maju beranggapan
               anak yang ramai akan menyekat
               kebebasan hidup dan kecemerlangan
               kerjaya mereka.
             ●  Amalan adat dan status quo bagi negara
                seperti India, Somalia dan Uganda pula,
                inginkan anak yang ramai kerana
               keperluan tenaga buruh.
             ●  Kaum Cina berbangga dengan kelahiran
                anak lelaki kerana bakal mewarisi
               nama keluarga.                                 Foto 12.1  Warga asing berhijrah ke Malaysia




                   Sikap saling menghormati dalam kalangan penduduk di Malaysia telah mewujudkan kestabilan politik.



                                                      165
                                                      165
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181